Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Kerajaan Kuwait telah mengarahkan penutupan sebuah televisyen satelit dengan tuduhan bahawa pemilik saluran itu mempunyai hubungan dengan Iran dan kumpulan Hizbullah dari Lubnan.
Agensi Berita Kuwait pada hari Khamis melaporkan bahawa pihak kerajaan telah menamatkan lesen penyiaran TV Al-Kout.
Laporan itu turut menamakan pemiliknya sebagai Bassel Dashti yang dikatakan pernah menganggotai "kumpulan Abdali." Kuwait menuduh kumpulan tersebut mempunyai hubungan dengan Unit Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) dan pertubuhan Hizbullah.
Agensi itu turut melaporkan bahawa Bassel Dashti telahpun dijatuhkan hukuman penjara selama lima tahun di atas pertuduhan "membantu di dalam membawa senjata dan menerima latihan haram."
Kerajaan Kuwait pada tahun 2015 mengumumkan bahawa mereka telah membubarkan "kumpulan Abdali" dan mendakwa "26 orang anggotanya" dengan pertuduhan memiliki senjata, menyeludup bahan letupan dan merancang aktiviti keganasan di dalam negara Arab kecil itu.
Iran pada awal Julai mengatakan bahawa Duta Besarnya ke Kuwait telah bertemu dengan para pegawai Kementerian Luar Negara Arab itu yang menasihatkannya untuk mengecilkan jumlah pegawainya di sana.
Jurucakap Kementerian Luar Iran, Bahram Qassemi berkata bahawa Tehran akan mengekalkan hubungannya dengan Kuwait di peringakat kedutaan. Akan tetapi, dia turut memberitahu pemberita bahawa Tehran mempunyai hak untuk bertindak balas terhadap tindakan Kuwait itu. -ABNA24
/315
29 Julai 2017 - 03:49
News ID: 844737
Kerajaan Kuwait telah mengarahkan penutupan sebuah televisyen satelit dengan tuduhan bahawa pemilik saluran itu mempunyai hubungan dengan Iran dan kumpulan Hizbullah dari Lubnan.